chinta

chinta

bestfriends

Thursday, March 31, 2011

~~baby cute mama~~

ni la peneman chinta tika chinta sleep..huhuhu...time chinta de problem, ni la pendengar setia chinta,,,,chinta ni mmg ssh skt nk luahkan problem or pape je la kat kwn2 chinta.....kecuali my sis...tu pun de hadnya juga..chinta jus cite kat baby cute chinta ni je...(hahahaha....die paham ke chinta oi....hang tu pdhl duk ckp sorg2...tp x pe la....sekurg2 nya chinta puas ati kn...kn3)...nme die bubu.....yg wrne pink ni la...my beloved,,,him alwyz in my mind....my english so broken la..hihihihi....

my name is BUBU..
sy smile sokmo....
(^__________^)

ni la baby cute mama tuh...huhuhu...cute x...mstila cute kn...perasan tol la chinta ni...tp kn, knp lak perasaan,,,,chinta puji baby ni la..bkn puji diri sendiri kn...wekkkkk3.....ni la slah satu koleksi bear yang chinta ade....
bsr cgt2....law nk duk atas katil tu, muat chinta n bear tu je....chinta x taw nk ltk nme pe la...bg cdgn...hihihi....ni die....



pic: tetap de bubu..hahahaha

k...la nk p solat n makan dlu la.....perut ni dr tadi mntk diisi.....lapar~~~~...k....assalamualaikum......


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 17, 2011

BerSuA kEmbALi.....

urrmmmmm...lmenye chinta x menulis kat cni.....bz sgt ke chinta?????
ermmm....x pom sbnrnyeee...mybe byk problem kot.......huhuhuhu....
ntah...chinta pom x fham la....x taw....knp la byk sgt problem ni...
lps 1, 1......x abis2...

chinta buknnya nk merunguttt....tp tu la.....
chinta taw, sume mnusia ade problem, x kire kcik or bsrnyeee.......
yg membezakan problem stp mnusia ialah sebesar mne problem tu......

kdg2 chinta rse x tahan sgt ngn life ni.....chinta asyik nangis je......ntahhhh......
chinta x faham la ngn hidup ni......macam2 org yg chinta jumpe......

mama chinta ckp, chinta kne sbr ngn sume tu....tu sume lumrah kehidupan,asam gram khidupan....
mybe chinta x sekuat mama chinta,,,,
mama...chinta x sekuat mama nk hdapi sume ni.......

kdg2 chinta rse nk lri dr sume ni.....
tetapi dengan nasihat n dorongan drpd mama, ....
chinta try,chinta tabah,chinta sabar...

mama chinta penah ckp, lebih baik kite diam drpd kite bising2, ,,,
berleter, merungut...
coz sume tu akan mengubah ape2 malahan orang akan mengata kiteee....
fikir bukn2 sal kite...
so,lam menghadapi sume masalah, kite mesti sabar,diam dan berfikir scra positif...

mama cakap, tuk puaskan ati sume orang mmg susah,,,
tp sekurg2nye,kite try...kite usaha.... berdiam diri....
itu yg terbaikkk....

p/s~~~tabahkan lah ati dalam hadapi sume ujian n ragam manusia...sesungguhnya Allah S.W.T hanya menguji hambanya yang beriman...jgn cepat melatah dan merungut....sesungguhnya itu perbuatan yg x disukai oleh Allah S.W.T....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 16, 2011

~~sIApA jOdOHkUUuu???~~~~

 Jodoh merupakan perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita????... Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi kite seharusnye menggunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. seterusnye gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?????

 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita…..

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon…. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minumnyee... Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik...Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon…Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon…Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai… Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita…so terimalahhh…

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita... Semakin hari semakin sayang kepadanya... Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita... anda juga yakin bahawa dia juga merasainya... Rasa senang sekali apabila bersama... Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya... Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan… 

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli… Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan… Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini… Yang penting, siapa kita sekarang... Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya.., dia tidak ambil hati langsung... Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini… Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya… Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita…die juga terima kebaikan dan kelemahan yang ade pade diri kite…. 

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama… Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan... Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita... Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita... dan apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan… Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita... Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita... Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati... Jadi, dialah sebaik-baik pilihan… kejujuran merupakan tiang atau perkara yang paling penting dalam sesuatu hubungan,justeru,berlaku jujurlah dengan pasangan andaaa…. 

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri... Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung... Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya???? Itu yang akan bermain di fikiran kite… Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka... Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain... dan yang paling penting, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran... Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya…

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini… Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar… Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing... dan perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama… Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama... Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan… Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus… Bukankah ini menyusahkan???? Ini menandakan kite dan pasangan adalah mempunyai persefahaman… 

7.Memahami diri kita 
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya… Semasa kita sakit dia bawa ke klinik… Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur… Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu… Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar… Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi… Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita… Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan… Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih... Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita... die boleh menjadi pelengkap kepada kehidupan kite…. 

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini….bohonglah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut… Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita… Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya... Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita... Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya…Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya…ini menunjukkan bahawa die menyenangi kite dan menerima baik dan buruk kite….die juga tidak bersifat hipokrik pada diri sendiri… 

9.Kata hati
Dengarlah kata hati…. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya... Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing… Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu… Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi... Adakah dia ditakdirkan untuk kita???? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan…. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa….sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah dan kite sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi sumenye ditangan yang maha kuase…. 

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa... Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati… Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya… Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya… Jika tidak, tolaklah dia dengan baik… Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia… Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya….terimalah dengan rela hati dan bersyukurlah dengan takdirnya….
Allahualammm….
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed