Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah
Pengenalan:
- Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
- Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:
- Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
- Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid.
- Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.
- Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:
- tujuan penilaian
- bidang yang dinilai
- calon yang hendak dinilai
- teknik yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
- Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan.
- Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.
- Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah
Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah
- Berbagai-bagai cara informal dan formal
Informal | Formal |
- pemerhatian - lisan - kuiz - soal jawab - perbincangan - penilaian kendiri | - ujian kertas pensil - laporan - tugasan - folio |
Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif
Pengenalan
- Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
- Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah.
Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik.
Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning”
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif
- Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
- Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
Aras Kemahiran Ujian Bertulis
Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Perhatikan jadual di bawah:
Aras kemahiran dalam bidang kognitif | Contoh soalan |
1.Pengetahuan Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi yang telah dipelajari. | Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia. |
2. Kefahaman Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari. | Huraikan maksud nilai bertanggungjawab. |
3. Aplikasi Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. | Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu. |
4. Analisis Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. | Yang manakah pernyataan berikut TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab dengan betul? |
5. Sintesis Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan. | Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha. Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan dengan nilai ……………… |
6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktika, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. | Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri? |
PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS
- Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
- Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
- Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
UJIAN SUBJEKTIF
- Ujian esei
- Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
- Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan
- Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri
- Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)
JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
- Jenis respons terhad
- mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
- contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
- Jenis respons lanjutan
- mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
- contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan jenis respons terhad ada:
- Soalan berstruktur
- satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu
- jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
- Soalan berpandu
- mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain
- pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis gerak balas lanjutan
- soalan jenis perbicaraan
- memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis
- sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi
- menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
- Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.
Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran soalan subjektif
- Skop jawapan soalan terlalu luas
- Soalan yang menimbulkan perbalahan
- Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar
- Soalan terlalu mudah
- Soalan yang kurang jelas
Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
- Digubal berdasarkan aspek penting – bahan P&P
- Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
- Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai
- Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran
- Ciri keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan
- Ciri kebolehpercayaan – wajib dijawab
Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor
Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral)
Pengenalan
- Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari.
- Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan.
- Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu ‘demanding task’ dan dikehendaki respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk sesuatu produk.
- Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Senarai Sub-sub Topik:
- Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral
- Ciri-ciri penilaian tingkahlaku yang lain
- Kepentingan penilaian tingkahlaku moral
- Pembinaan item penilaian tingkahlaku moral
- Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral
CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
Menurut Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku. Tetapai mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:
- Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria)
- Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria
- Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
- Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards)
- Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti tingkahlaku pelajar.
- Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
- Judgmental appraisal
- Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama untuk menilai seseorang pelajar.
CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU YANG LAIN
- Kebanyakan advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu autentik dan melibatkan dunia sebenar.
- the tasks should represent real-world rather than school-world kinds of problems.
- Penilai tingkahlaku menggunakan frasa ‘authentic assessment’ kerana penilaian sebegini memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional.
what’s “performance” to one educator may not qualify as “performance” to another
Kepentingan penilaian tingkahlaku moral
KEPENTINGAN PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
- Mehren (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana:
- penilaian tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai peringkat perkembangan moral
- kesan dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran dari aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini lebih jelas dinilai melalui tingkahlaku.
- Pengaruh negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan etika.
PEMBINAAN ITEM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
- Dua komponen perlu disediakan:
- tugasan (task) yang perlu dilakukan oleh pelajar
- rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang menjalani penilaian tingkah laku moral
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
- Penilaian tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama
- masa untuk menyediakan tugasan yang sesuai
- masa untuk menyediakan rubrik pemarkahan
- masa untuk menilai respon pelajar
Pembinaan Item Aspek Afektif
PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI)
PENGENALAN
- Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar.
- Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu contoh penilaian afektif.
- Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.
- Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles skills’
David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.
Tahap | Ciri-ciri |
Penerimaan ‘Receiving/Attending’ |
|
Bergerakbalas ‘Responding’ |
|
Penilaian ‘Valuing’ |
|
Pengurusan |
|
Perwatakan berdasarkan nilai (Characterization by a value or value complex) |
|
PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL
- Self-report assessment devices
Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif pelajar. - Inventori Likert
- Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
- Dalam Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
- Contoh pilihan: Ya, Tidak
- Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju
- Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju
Kesimpulan
KESIMPULAN
Secara umumnya, penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek berikut:
- Tujuan penilaian
- Skop penilaian
- Pendekatan yang akan digunakan
- Pelaksanaan
- Rekod
- Pelaporan