chinta

chinta

bestfriends

Friday, April 27, 2012

:::info tentang foundation:::


Assalamualaikum…..
Hari ni…bubu nak kongsikan 1 produk yang sgt2 best dipakai….faoundation….sebelum ni, bubu da gune pelbagai jenis foundation…but semuanya x tahan lame dan x sekata…kadang-kadang bile da tghri, foundation tu da x sekata…ade tompok2…nak2 di bhagian hidung…biasenya dekat bahagian hidung la yang x de foundation…so kena la p touch up balik….
But selepas bubu cari2 n try produk naturactor meiko ni..wowwww…sgt2 menakjubkan…bubu sangat puas hati..sebab, bubu pkai sket je…tp hasilnya sgt2 bagus…die menutup bhgian bintik2 muka..dan sgt2 sekata…dan juga sgt2 tahan lame…bubu pkai pagi…tghri nak solat, still sekata…foundation ni akan tggl klau kite basuh muka samada mase nak solat atau nak mandi je….sgt2 best….teruja je taw nak kongsi dgn kwn bubu yang sedang mencari foundation yang sekata…sbb byk foundation yang x sekata….btul bubu cakap…bubu da pkai byk jenis foundation, tp semuanya x sekata…dlam 4 jenis jgk la…..but yg ni, bubu mmg puas hati sgt…foundation ni x nampak tebal n Nampak natural...ni la hasilnya…..





Pic ni, bubu x edit langsung taw….cme masukkan watermark blog je…n guna camera hp yg murah je.. L

Nak taw x bubu pakai foundation ape tu…naturactor foundation meiko….from china…foundation ni, ade 2 jenis, from china n from jepun…yang jepun, mahal sket…sbb kat jepun, untuk keluarkan produk kosmetik, guna modal yg mahal…sbb tu, die mahal dry g china..but kualitinya same…x de beza….

NATURACTOR COVER CREAM MERUPAKAN FOUNDATION YANG DAPAT MENUTUP SEMUA CELA-CELA DI WAJAH...(from china)

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM
>> Anti kilauan / tidak berminyak.
>>100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
>> Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai
foundation
>> Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
>> Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
>> Long lasting & tahan sehingga 12 jam
>> Tidak menutup pori-pori
>> Sering diguna pakai oleh makeup artis professional

KOD PILIHAN:
130 : for very fair skin - pinky tone
140 : for chinese skin - pink undertone
141 : for chinese & fair malay skin - yellow undertone
150 : for dark malay & indian
151 : for medium skin - yellow undertone, easy to match with chinese &
malay skin
152 : for malay skin - yellow undertone
153 [dark brown] : for shading
161 [yellow] : corrector for reddish skin/ sesuai untuk cover hitam di bawah mata
171 [green] : corrector for reddish skin/ untuk cover bekas jerawat dan bawah mata
181 [white] : Highlight /additional foundation/ base makeup



Kod: 130
Info Warna: Untuk kulit yang cerah. Normally kulit secerah Chinese * Foudation paling cerah*
Warna kulit Artis: Sofia Janes/Diana Danielle

Kod: 140
Info Warna: Untuk kulit cerah. Normally kulit Chinese
*Foudation kedua cerah*
Warna kulit Artis: Rossa/Sharifah Amani/erra fazira

Kod: 141
Info Warna: Untuk kulit yang cerah juga/natural. Tapi kulit malay boleh pakai. Untuk nampak lebih cerah, boleh pakai foundation kod ini.
Warna kulit Artis: Bunga Citra Lestari/Rozita Che Wan

Kod: 150
Info Warna: Untuk kulit Malay/Sawo Matang. Kod ini gelap sikit dari kod 151
Warna kulit Artis: Fasha sanda

Kod: 151
Info Warna: Untuk kulit Malay/Neutral. Kod ini cerah sikit dari kod 150
Warna kulit Artis: marsha/Sari yanti

Kod: 152
Info Warna: Untuk kulit Malay/India. Kod ini lebih kurang dengan kod 151 tapi gelap sikit saja. Tak banyak beza
Warna kulit Artis: Maya Karin, Nurul

N then 1 perkara lagi…foundation ni ade tiruan taw..nk kenal original atau x, leh tgk pic ni…..


Ok…yg ni yang bubu punye…same kn mcm yang original tu….



Ok…klau sape2 nak try…boleh la ckp kat bubu k….harganye x mahal pun..mampu dimiliki oleh semua walaupun sbg student....dan tahan lme…lam 6 bulan ke atas (smpai 1 tahun pun ade) wlaupun pakai tiap2 hari….

Biasenya ramai yang pkai kod 151….sesuai untuk kulit yang x cerah dan x gelap….ok…dadaaa…. J

TQ

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 21, 2012

:::SURAT:::


SURAT CINTA SEORANG ROCKERS UNTUK AWEKNYA~~~

Salam awekku,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.
Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua yg gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayelah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 15, 2012

pedihnye cinta::::

cinta itu sebenarnya anugerah....
cinta itu perasaan yang halus..yang lahir dari hati yang ikhlas....
cinta itu halus, tak boleh dilihat dengan mata kasar...
dengan adanya rase cinta barulah kita mengetahui perasaan yang halus itu....
alangkah indahnya hidup dalam angan-anagan..
angan-angan hidup dengan cinta yang sejati...
tanpa perlu diri ini disakiti...
tanpa membiarkan hati ini kecewa...
tanpa membiarkan mata ini mengeluarkan air yang jernih...
dan tanpa membiarkan hati ini terasa
PEDIHNYA BERCINTA....
PEDIHNYA CINTA...

mengalami dan merasai cinta itu indah...
MENYEDIHKAN..
MENGELIRUKAN...
membuatkan diri kita DIHARGAI...
membuatkan diri ini merasa...
TERLUKA...
KECEWA....

namun SEBENARNYA...
CINTA ITU MEMATANGKAN MANUSIA..

dengan wujudnya cinta...
kita akan merasai semua PENGALAMAN perasaan itu...
ia akan membuatkan kita perlu membuat KEPUTUSAN...
membuat PILIHAN....
melakukan PENGORBANAN....

tetapi cinta untuk juga akan menundukkan EGO kita....
terima kasih CINTA....
kerna berjaya menundukkan EGO ku....
terima kasih CINTA...
kerna dapat meMATANGkan diri ini....
terima kasih CINTA...
kerna kamu telah mengajar aku untuk BERSABAR....
terima kasih CINTA....
walaupun kadang-kadang CINTA itu PEDIH...
tetapi cinta itu indah, manis jika kita pandai menjaganya....

TERIMA KASIH CINTA...




HARGAILAH CINTA SELAGI IA MASIH ADA....
assalamualaikum CINTA....
waalaikumussalam RINDU....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, April 1, 2012

kata-kata cinta hari ini...

cinta ini terucap kerana hati
rindu ini terungkap kerana ra$a
kasih ini terlahir dari ketulusan
sayang ini tercipta dari nafasmu

kaulah hembusan bayu
mentari indah pagi
senja menawan petang
bintang terindah malam

aku percaya kerana CINTA
aku setia untuk satu jiwa
aku berjuang demi rasa
aku bersabar untuk semua
DEMI KITA DEMI CINTA.





 cintaku hanya untukmu...sehingga ke akhir hayatku....


motif pic ni::::> hanya sampingan semata-mata....
at MENARA CONDONG, TELUK INTAN, PERAK

p/s:::> jadilah sang setia...kerana setia itu indah,,,
seindah cinta KITA....
barulah kita akan benar-benar menghargai cinta...
kerana kita tahu nikmat kebahagiaan jadi sang setia pada cinta....
cinta itu indah...cuma manusia yang menjadikan cinta itu kejam...cinta itu menyakitkan...
jika kedua-dua nya jadi sang setia....
cinta itu akan lebih bermakna....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed