chinta

chinta

bestfriends

Saturday, October 22, 2011

kelebihan menangis..

Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
sumber: acidplus.org

p/s::::haaa...sbb tu la chinta suka nangis...da jadi hobi da skang ni....so sad....tiap2 ari nangis...;((((

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

redha n pasrah






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 21, 2011

sunyi...

sunyinye hidup chinta.....hidup tanpa insan2 tersayang di samping chinta...terasa cam tak dihargai...sedih sgt2.....perasaan tengah keliru.....alangkah indahnya hidup ini macam zaman chinta kecik2 dlu kan...tanpa masalah...x payah nk fikir sal masalah yang bertimbum2....hidup gembira di samping orang2 yang chinta sayang...sentiasa gembira....hanya tahu main dan main....tu je kehidupan ketika tu....alangkah indahnya kan...ketika tu, x payah nk fikir untuk membuat satu keputusan....itulah kehidupan...kadang2 kita suka...kadang2 duka...kadang2 sedih...kadang2 kita ditimpa pelbagai masalah yang harus ditanggung....kehidupan manusia sememangnya begitu..kita seharusnya redha...sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmah yang akan mendatang...hidup seperti roda.....sentiasa berputar...dan berputar....hidup tak selalunya indah.....seperti cuaca sehari2...x semestinya hujan sepanjang hari..berkemungkinan hujan, panas dan mendung akan datang tanpa kita jangka....sesungguhnya chinta sunyi sangat di saat ni...hanya di sini dapat chinta luahkan perasaan ni...alangkah indahnya hidup ini jika kita hanya hidup bersama kenangan yang manis..yang indah...yang pernah kita alami....tapi semua tu tak mungkin bakal terjadi...hidup tak seindah apa yang kita duga..hidup x sepahit apa yang kita jangka...itulah kehidupan...kehidupan di dunia..kehidupan yang ada pasang surutnya..ada suka dan duka...ada sedih...ada gembira...tapi yang pasti, kita harus tabah menghadapi pelbagai ribu dugaan dalam kehidupan ni....
kebiasaanya kita akan berasa gembira dan selesa apabila mencapai sesuatu yang kita inginkan..sesuatu yang kita kehendaki...namun kita harus ingat bahawa tidak semua yang kita miliki sekarang akan kekal sehingga ke akhir hayat kita...termasuklah cinta kepada sesama manusia...hanya cinta kepada Allah akan kekal sehingga akhir hayat...sebagai manusia kita sememangnya mempunyai rasa sayang....rasa cinta sesama kita...namun..adakah kita tahu bahawa semua orang yang kita sayang akan menyayangi kita sabagaimana kita menyayanginya...kadang-kadang kita seolah-olah seperti tidak dihargai...bila kita tiada barulah orang akan cuba mencari dan akan merasa kehilangan kita...ketika itu, semuanya sudah tidak berguna lagi..hanya doa yang akan beringingan bersamanya...hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia ada...jangan sampai kita akan menyesal di satu hari nanti....







p/s:::andai ada sesuatu yang terpendam...lebih baik

 ia diluahkan....lebih baik berterus terang daripada 

kita menipu diri sendiri....jujurlah pada diri 

sendiri....



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 17, 2011

:::Mengimbau kenangan semalam:::

Berdiri dalam sepi
Mengimbau kenangan silam
Menyonsong kisah semalam
Kisah yang membawa seribu erti
Erti kasih dan sayang…

Aku berdiri sendiri
Bersama semua kenangan lalu
Kenangan yang manis bersamamu
Susah dan senang bersamamu
Namun semua itu hanyalah kenangan
kerna kini engkau tiada bersamaku…

aku rindu
rindu suaramu
rindu belaianmu
rindu gelak ketawamu
rindu senyumanmu
segalanya tentang dirimu..

hanya engkau yang satu
hanya dirimu
tiada penganti
kau tetap dihati ini
hingga ke hujung nyawa…

setiap hari
kau pernah melagukan
bicara kasih
bicara semangat
bicara sayang…

kini
aku sering tercari-cari
suara itu
suara yang sama
pasti tidak kedengaran
kita semakin jauh
kini semua telah tiada
yang tinggal kenangan semalam
yang membawa seribu erti kepadaku…

p/s::::chinta rindu my dad….rindu sgt2…chinta smpaikan kerinduan chinta di kejauhan…al-fatihah…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, October 16, 2011

::;xde mood..fullstop..::

chinta x de mood la...nk stdy...x de mood..
nk wat asemen yang bertimbun2 tu, pommm x de mood gak....
nk mkn burger...
kemain berciap2 turun kat bawah..
dgn niat nk mkn burger..
nk p bli berger...
tp....
aduuiiihh...sedihnye...sadisnyee.....
ttup la plak..sdih...
nk mkn begeee.....
sedih..

mood::::kempunan giler...da 2 ari da kempunan..ingtkn ri ni, leh mkn la....tp x jugak...so...kena tmbh ag la hri kempunan tu....sedihnye....sobbb3...sobbb3....:(((

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

:::gelak2 wif chinta::::

Ri ni…kite gelak sesame erkk…bace entry kat bawah ni erkkk…..

SOALAN-2 SANG BANGANG YANG BUAD ORANG BENGANG KEBENGONGAN !



1.Bila org nampak anda baring tutup mata:
S: Ko tidur ke?
J: Tak lah, aku tgh training mcm mana nak mati la..
...

2. Imagine anda bawa tv anda yg rosak ke technician tuk repair n dia masih juga tanya:
S: Mahu repair tv ke?
J: Tak lah, aku boring je, jadi aku bawa la tv aku ni gi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn anda nampak anda kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh tak lah, hujan turun lagi sekali baru aku kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur,..........
S: Ko dah bangun?
J: Ish, aku tidur sambil jalan ni! (=|

5. Kawan anda call ke telefon rumah anda:
S: Ko kat Mana?
J: Kat bus stop ni! :/

6. Kawan anda nampak anda kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi ke?
J: Mana ada, aku terjatuh dlm lubang tandas lah :&

7. Anda bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sekali tiba-tiba ada orang tanya:
S: Going up ke?
J: Eh tak lah, saya tengah tunggu apartment saya turun ni. ()

8. Boyfren anda g rumah anda bawa sejambak bunga. And anda masih juga tanya dia:
S: Eeeh,bunga ke tu?
J: Tak la sayang! Paku-pakis dengan kubis lah ni.X_X

9. Anda di dlm toilet, pintu bekunci, tib-tiba ada org katuk pintu n dia tanya:
S: Ada orang tak?
J: (Suara Kiut) Takde orang! Tahi yang becakap ni!!



Dan ni 1 ag……hahaha…;))))
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng2…

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ahhhhaaaa….ni wat chinta gelak sakan ni….ciap guling2 ag…hahahaa……but skang da dpt focus da…..
Ok…
Salam manis dr chinta…
Luv u…
k….da2
tata…titi…titu….umuuuuaahh…
assalamualaikum…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 15, 2011

:::tip top...tip top..:::

tip top..tip top....jam berbunyi...ini menunjukkan masa sedang berjalan laaa.....isyyyyy3....pe yang chinta merepek ni erkk....waduhhhh2..pening bangat kepala chinta.......pening sihhh...skang ni mase chinta membz kan diri chinta....tok menyiapkan 2 esemen yang kena submit ri jumaat ni jam 11 am hgga 12 am..ahhhhaaaa....ciap time ag tu..btol taw....chinta x tipu...hanya mase tu je yang dibenarkan hantar taw x....waduhhh2...ponimmmmmm2 kepale denn...hihihi...pelbagai versi gtu kan...ngan hari isnin de test....nk ciapkan asemen + stdy prepare tok kuiz ag....sume kena disiapkan sblm hari khamis...fullstopp....rase cm nerves je kan..hahaha...xpe2....rilek2 suda....da nk ciap da pommm (ayat berlagak skett)....kahkahkahhh 2x....hari khamis...pg2 ag...planning nk p upm...adik chinta konvo......cgrat my sis.....waduh2....melayang ag duit chinta..bertambah2 ponim chinta nih...kihkihkih...;p


cograt my sis...semoga apa yang dicita2 akan tercapai....chinta sentiase ade dibelakang my sis...sokong segala impianmu...lab u...;)



oke....ni la makhluk halus yang akan konvo tu..my sis yang comot ag masyam nih..kihkihkih
p/s:::tp ingat...jgn duk pk nk kwen je erkkk..ingt tu...genggam cite2 dlu oke....(ayat cover x mo bg langkah bendul la ni...kang dicop x laku lak...)...aahhhaaa....cograt my sis...;)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 13, 2011

::sygilah isteri anda::

Untuk Species SUAMI:

*Mat(bukn name sebenar) tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja r
umah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah.Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.


Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri
rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.


Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

p/s::::
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 4, 2011

::penatttt:::

Huuuhhhhh3(ngeloh bebyk gitu)…baru pas nanges..mood sedih n tekang sgt2…penatnye hari ni…tekanan perasaan pommm ade…..penat sesngat…….huhhhhhh……naseb baik siap gak modul hari ni…lega tp sgt2 penat……ngn discussion smpai ke magrib….balik kelas trus smbung p discussion kat library…..huhhhh…..letey sgt kot…ngn tugasannya susah sesngt…ntah ler……stress giler kowttt….nak nanges kuat2 kowwttt….wwuuuaaa…smbung blk nages chinta yang tergendala tadiii…stresssssssssssssss……………….:(((((

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 3, 2011

::masa itu emas:::

waahhhhh3...time motivasi kah ini????
saje je nk conteng2 page ni....
x mo conteng n tulis panjang2 taw.....disebabkan kesuntukkan masa....
"masa"....pengurusan masa....
esok chinta ade modul pengurusan masa taww....
doakan modul ni berjalan dengan lancar....amin...
wish me luckkkk...
ok....taaadaaaaaa...ummuuuaahhhh3 byk gtu kat korang...;)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 1, 2011

kejam sangat ke chinta

Kejam sgt ke chinta ni?????kejam ke?????chinta sedih sgt2 hari ni…chinta sangat2 terkilan....sgt2 terase hati....chinta x sekejam tu la…chinta tak busuk hati la….terasa hati sangat2 kat someone tu….
Chinta sedih ni ma…sedih sgt2 ma….chinta x sejahat tu ma…chinta x sekejam tu ma….chinta anak ma…anak ma yang ingat sume pesanan ma….chinta x cam tu ma….sumpah…chinta x wat ma…….

Chinta jahat sangat ke?????smpai dituduh camtu……chinta x pernah mintak, chinta x doakan tuk kesusahan orang lain….chinta x mintak sume tu…demi Allah…chinta x diajar menjadi orang yang kejam…menjadi orang yang bahagia di atas kesusahan yang menimpa orang lain…chinta x diajar sume tu…ma chinta x pernah ajar taw x…ma chinta x pernah didik chinta menjadi orang yang seburuk tue…xpernah….chinta jaga mulut chinta dari bercakap tentang keburukan orang lain..perkara yang mengaibkan orang lain…inikan pula hati chinta…ma chinta ajar chinta untuk jaga hati chinta…daripada perasaan hasad dengki, kejam,…chinta dituduh camtu…chinta sedih….chinta taw,chinta x sebaik orang lain…chinta jahat…tp hati chinta tak dikotori perasaan yang jahat tu la….perasaan yang keji tu la….chinta taw hati chinta….chinta x camtu la…mak chinta x pernah ajar chinta camtu la…..chinta sedih sgt2….x leh digambarkan oleh kata2….terlalu terase ati…tersangat2…hanya tuhan yang taw…perasaan chinta mase ni…..chinta x penah rase camni….chinta x penah dituduh cmni seumur hidup chinta…pedih sgt2 hati n perasaan chinta…..pedih…..xtahan sgt2 nk nangis….nak nangis puas2…..bia chinta puas hati…..

aaaaaaaaarrrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhh………..maaaaaaa…….chinta sedih ma…..chinta tak kejam ma…….chinta tak pernah mendoakan yang buruk tentang orang lain….chinta x pernah gembira saat orang lain berduka ma…..tak pernah maaa……xpernah…..sifat tu x de lam hati chinta ma..xde…tu bukan chinta ma……bukan….tu bukan diri chinta ma….chinta sedih…nk nagis puas…k……bai2…..jagalah hati anda….daripada dikotori sifat yang keji seperti kejam…ok...saat ni, chinta memaafkan sume insan yang berfikiran negatif pada chinta...sedangkan nabi mengampunkan umatnya...inikan kite insan biase yang serba kekurangan..anggaplah ini sebagai satu dugaan dan cabaran untuk menguji kesabaran dan ketulusan hati chinta...ini juga boleh dianggap sebagai satu dorongan untuk chinta untuk memperbaiki diri...kemungkinan masih terdapat beberapa kelemahan chinta yang perlu diperbaiki..sesungguhnye ape yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah kepada umatnye...anggaplah ini proses mematangkan diri...sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman......k…assalamualaikum….

p/s:::hanya Allah yang mengetahui perasaan dan hati sebenar umatnya…hanya tuhan yang tahu segala hal….allahualammm…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed