chinta

chinta

bestfriends

Tuesday, April 5, 2011

~~30 tanda jatuh cinta~~

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata…. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan… Semua menjadi indah dan membahagiakan…. Namun mengalami cinta umpama bermain dengan api….. Jika tahu mengendalikannya, akan selamatlah diri…. Jika tidak, terbakar hangus dan meranalah diri. …Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta…. 

Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang…. Cinta boleh terjadi pada bila-bila masa…. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta?????? semaklah 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya…. Ia terpulang pada individu sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta…. Asalkan ia membawa kebahagian pada diri sendiri…..



1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur… Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda….sahlah itu adalah tanda2 anda menyukai si dia…..
  
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan…… Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda…..semua yang dilakukan terasa bagai x kena..jeng3…..

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia….. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya……semua yang berkaitan dengan si dia, anda cuba untuk mengetahuinya walaupun ia merupakan perkara yang agak kecil dan remeh…..

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan…. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya…..anda mula berfikir yang bukan-bukan seperti ‘adakah si dia demam, sakit dan sebagainya’….
  
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya….. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang sahaja…. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri…..anda mungkin akan sentiasa memandang si dia sepanjang perbualannya dengan kawan2nya itu……


6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung…. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda…. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya…..anda akan berfikir dan berkhayal jika ada masa yang terluang dan setiap kali termenung, wajah si dia sentiasa akan muncul….

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa…. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama…. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating…. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan….

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan… Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga…. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia…. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya….kalau boleh biarlah wajah si dia sentiasa berada di hadapan anda….

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia…. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak…. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu…. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia….

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara….sebagai contohnya seperti… Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan... Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop….

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh…. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah…. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar…. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti….

12. Awal ke tempat kerja/kuliah/ kelas atau sebagainya
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat/kelas malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja/pembelajaran anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini... Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif... Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan….

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana… Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka…. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir…. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona…. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya…..

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan…. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan…. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensive….

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk…. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf…. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk….

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi… Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji…. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan…serta tidak suka atau menyayangi anda….

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’… Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi….

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya… Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya…..

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia…. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah…. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain….

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu.. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya….

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan...time tidur mmg itu merupakan perkara yang wajib anda lakukan…. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh…. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia….

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya…. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya…. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia…..
  
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat…. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda….. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari…. Si dialah yang membuka minda anda…. Dialah sumber ilham anda….
  
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia…. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama…. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga…..

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji…. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan…. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda….
  
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya…. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekalipun tidak anda sukai…. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan…. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu….

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan…. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan…. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya…. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya…..

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda…. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai….
  
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya…. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima…. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati…..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment