chinta

chinta

bestfriends

Wednesday, April 6, 2011

~~~hot topik...layanzzz~~~




Wowww….hari ini chinta nk membicarakan tentang topic hangat…jeng3…memandangkan topic ni sentiase berlaku di sekeliling chinta…lam 2, 3 ari ni, chinta de terdgr byakkkkk cerita mengenai topic nih…..so chinta tercari2 la….terpk2 la mengenai topic ni…iaitu cara nk mengesan si dia berlaku curang…..’curang’…..dgr pommmm cam da mengerikan je….nerves gak chinta….tp…ermmm……mybe pe yg chinta coretkan ni dapatlah menjadi panduan atau ingatan atau langkah berjga2 anda dalam sesuatu perhubungan cinta anda dengan si dia…..

Apa itu curang??????

Dengar perkataan nie….chinta pommm tertanya2 gak lam hati n pkran ni….apa itu curang?????ok….ni merupakan pandangan sahaja dan ia tidak semestinya tepat…..ia bergantung kepada setiap individu tersebut,….

Curang adalah merupakan satu simptom…

Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan….dan Kepercayaan itu sendiri adalah “Hayat” kepada hubungan yang bahagia…. Jika kita fokuskan kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan sepenuh masa, adalah tidak mustahil untuk pasangan anda untuk berlaku curang…..Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan anda sedangkan mereka tidak, adalah perkara yang paling sedih dan menyakitkan hati!!!!!!!

Hubungan hari ini berlandaskan “Hakmilik” dan “Menguasai Pasangan”…. Maksudnya disini anda merasakan anda memiliki pasangan anda dan mengawal semua pergerakan pasangan anda.. ermmm… disini kita dapat lihat, Patut la semakin ramai yang rela menghabiskan rutin seharian mereka mengintai pasangan mereka… huhuhuhu :)

Mari kita berfikir sejenak… Bayangkan kita semua hidup di dunia yang tiada batasan Kasih sayang dan Cinta…..ermmmm….ape yg akan jadi erkkk….renung2kanlah…
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa ‘curang’ itu merupakan satu perbuatan pasangan anda yang mempunyai wanita atau lelaki atau insan lain dalam perhubungan tersebut…..dan menyayangi wanita atau lelaki tersebut….iaitu semasa perhubungan anda dengan si dia masih terjalin dan tidak terdapat istilah “putus hubungan atau lebih dikenali sebagai clash or sebagainya”…so pk2 kn la…..


Tanda lelaki curang

Asyik lewat ketika temujanji
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!!!!! Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!!!!...tp anda tidak boleh terlalu cepat menuduh kerana jika ia berlaku kerap kali….kemungkinan sangkaan anda betul…jika sekali sekali dan mase terlewat tersebut hanya setengah jam, mungkin pasangan anda bercakap benar….
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,001 alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda dan berkemungkinan juga lebih suka keluar dengan insane lain…siapa die????pk2 kn laaa…..
Kerap memberi alasan sibuk dan penat
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda. Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya. Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!!!!!
Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar ‘teman tapi mesra’ si dia….

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda. 
Terlalu kuat berahsia
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.
anda tidak boleh terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya. Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga. Kadangkala kita perlu menjadi pelakon yang baik dan terbaik….=)
Menerima panggilan telefon secara rahsia
Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan. Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berkemungkinan berlaku curang terhadap anda!
Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati
Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang. Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!!!! Segalanya mungkin….
Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti birhday, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!!!!so lebinh baik anda berjaga2….
Tidak lagi rajin menelefon anda
Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah. Jika dlu dia sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita dan sengsara jika perhubungan itu diteruskan.
Berubah sikap dengan ketara
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu. Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!
Sering tersasul menyebut nama wanita lain
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain. Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang yang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.
Sepi tanpa berita bila berjauhan
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu. Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya. Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru….
Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.
Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain futsal dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia. Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
Penampilan berubah
Lain tingkah-lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.
Masaalah duit
Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email, sering memadam caller ID, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa!
Berubah menjadi terlalu setia dan romantik
Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda. Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati
kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logic dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.
Berubah penampilan dan pendapat
Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi. Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan. Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.
p/s::::jika tanda2 ini ada pada si dia...dan perubahan tersebut secara drastik...maka sebaiknya anda mengambil langkah berjaga2 n segera menyiasat aktiviti rutin si dia.....awas,,,,,sekian sahaja dari cinta....assalamualaikum...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment