chinta

chinta

bestfriends

Wednesday, September 14, 2011

::::impian...jd menantu yang baik:::




Wah3….ri ni kite bercakap sal kawen nk????.....kihkihkih…asal lak chinta ni..tetibe je nk ckp sal kawen ni…huhuhu…sebenarnye la kn…chinta ni..law duk sorg2 la kn…law pk sal kawen ni kn….rase takut sgt2 taw x…nk taw knp x????...sbb…law kawen…kite mesti ade ibu mertua..so…nk taw x ape yang chinta akan fikirkan…contohnye::::
  • 1.      Layanan mertua..
  • 2.     Pandangan pertama mertua…
  • 3.     Soalan2 yang akan diajukan kepada kite…
  • 4.     Penerimaan mereka terhadap kite…
  • 5.     Apa topic yang perlu kite bualkan..
  • 6.     Cara nk menyesuaikan diri dengan mertua…

Wwwuuuaaa…takutnye…..law ckp je pasal mertua…chinta akan membayangkan:::
  • 1.      Seorang yang tegas
  • 2.     Seorang yang garang
  • 3.     Seorang yang sentiasa serius
  • 4.     Seorang yang jarang bergurau
  • 5.     Seorang yang akan sentiase memerhati setiap tingkahlaku kite..

Rase2 korang kn…betul ke x ape yang chinta fikirkan ni erkkk…ni membuatkan chinta rase takut sgt nk kawen ni….wwwuuuuaaa…tp nk tawen gakk….wekkkkk….gataiii…kihkihkih…

Disebabkan chinta selalu terfikirkan sal topic ni kan…so…chinta ade la terbace lam majalah n blog2 berkaitan petua untuk memikat n memenangi hati bakal mertua ni…so….chinta pun berminat n rase nak berkongsi serba sedikit cara yang boleh kite gunakan untuk memikat…oppppsss…..sesuai ke korang rase perkataan mamikat ni…chinta rse cam x sesuai je….ermmm…nk taw kenapa x…coz chinta rase cam perkataan tu Nampak seperti untuk mengambil hati je…chinta rase perkataan yang paling sesuai ialah…menjaga hati bakal mertua….melalui ape yang telah chinta bace…so..chinta da ubah mengikut pandangan yang sesuai bagi chinta la kan…so…selamat membace…

Petua menjaga hati bakal mertua.

selepas bertunang. 
Mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Jika kite tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, kite perlulah cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan kite berada dalam keadaan tenang.

Jangan lupa memuji
Dalam memuji, kite jangan berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang kite rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang kite rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya.

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai.

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri kite, ia cenderung terlindung dek sikap kite yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak kite dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa kite sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan kite. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara kite dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima kite jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. 
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika kite membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

Kenali sikap sebenar bakal mertua kite. 
Tanya kepada pasangan kite, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika kite tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. 
Keadaan ini akan memberikan gambaran sebenar sikap kite terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. 
Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula kite bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

Berkongsi minat dengannya. 
Kalau dia gemar bercucuk tanam, kite juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah kite cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri kite betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun kite dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan kite tidak serius.

Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. 
Lebih baik jika kite berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau kite juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

Paling penting, jaga pertuturan kite. 
Jika sebelum ini kite seorang yang ‘mulut lepas’, kite dinasihatkan agar menjaga pertuturan kite. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

Setelah selesai majlis kenduri, pastikan kite ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. 
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun kite keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. 
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan kite tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan kite sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Okey….so renung2kan la…semoga kite akan menjadi menantu yang disenangi oleh keluarga mertua..amin…..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment