chinta

chinta

bestfriends

Sunday, September 25, 2011

:::muke ade tenyum::::

Senyum seindah suria,
yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati,
duniamu akan berseri.....


Senyuman kita akan membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas!!!! senyum juga punyai maksudnya yang tersendiri taw….

Jenis-jenis senyum:

Senyum sinis/ egois-Senyum jenis ni boleh buatkan orang sakit hati..


Senyum menggoda- diberikan untuk menggoda seseorang...

Senyum ketabahan- biasanya diberikan dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.

Senyum tegar-  senyum je nis ni sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat,tetapi dia tetap tersenyum…

Senyum ketulusan- ia datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.

Senyuman mempunyai banyak manfaat dan kelebihannya yang tersendiri iaitu pada kesihatan, penampilan dan juga sosial. Mengapa kita perlu senyum???? Antaranya kerana senyuman adalah merupakan satu sedekah yang langsung tidak memerlukan modal. Sebab-sebab lain:


Dapat hilangkan stress.
Kadang kala jika kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut. Hadapilah kepenatan dan kesedihan itu dengan senyuman…


Meningkatkan sistem imun. 

Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke???? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum je…(sambil berfikir..patot la chinta sihat je..huhuhu)

Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)???adakah tekanan darah makin rendah????...oh noooo…


Awet muda. 

Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas!!!! Jangan ada yang terperasan lak erkk...

Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit…


Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan….x pasal2 kena jahit balik…hihihi


Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum..kalau kite senyum, orang lain pun turut tersenyum…sbb senyum kan berjangkit…


Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.


Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'…semangat kite akan berkobar-kobar untuk meneruskan kehidupan dan melakukan yang terbaik…
 


Menarik.

Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka???? Jika terpaksa, apa boleh buat kan. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama….




Tenyummm cmni erkkk….kiut miut gitu taw…


Hahhh….nengok…binatang pom taw tenyum taw….ciap pakai braces ag..hahaha



Ok…timelah senyuman iklas dr chinta erkkk..hahaha



p/s::::senyum lah…..baru kite manis dipandang…huhuhu…;)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment