chinta

chinta

bestfriends

Thursday, March 29, 2012

AKULAH GURU....

entry kali ni...AKULAH GURU...hihihi...tetibe je kan.....mood x sabar ke nk jadi guru chinta oi....hihihi....
sebenarnya skrang ni chinta rase...ermmm...berbagai-bagai rase, berbagai-bagai perkara yang chinta fikir...ermmmmm....
1) takutnye nk berhadapan dengan student
2) rase cam lum cukup je ilmu di dada untuk ke sekolah...tp....ilmu tu kn sepanjang hayat...tak ada pengakhiranya..ilmu tu sentiasa ada lam kehidupan kita....ape perkara yang baru kita belajar dan amalkan setiap hari....
3) janggal...ok ke ayat tu erkkk...janggal untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru-guru lama...janggal untuk berkerjasama dengan mereka...sbb chinta rase macam chinta masih belajar n mereka da pun biase dan fasih dengan apa yang mereka lakukan...tp pensyarah chinta cakap...kami sedang belajar dan semua guru dan semua orang pun pernah melalui detik tu...so...jangan rase diri kite rndah...tp merendah diri tu sesuatu yang perlu diamalkan...TQ tuk pensyarah chinta yang bagi kami semangat untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa...

semua tu la sedang bermain di fikiran chinta...n chinta yakin semua kawan-kawan chinta pun mengalami situasi yang sama kn....tapi terasa juga tak sabar untuk bertemu pelajar...tak sabar untuk menimba pengalaman berada di sekolah...teringat zaman-zaman chinta semasa di sekolah dulu...tetapi nanti, karakter chinta da bertukar...jika dlu ke sekolah untuk menimba ilmu daripada guru,....tetapi sekarang untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar...namun tempatnya adalah satu...SEKOLAH....semua orang ada pengalaman semasa berada di sekolah...dan semua orang pernah ke sekolah...bangga nye chinta berada di sekolah nanti...tempat bermula kehidupan pembelajaran secara formal manusia.....

Sajak guru ‘o’ guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


inilah calon2 kategori guru terbaik...comfirm menang tanpa bertanding kn...lalalala

doaku...semoga diri ini dapat mencurahkan ilmu yang baik dan berguna kepada anak bangsa...semoga mereka dapat menggunakan segala ilmu yang akan ku berikan di dalam kehidupan mereka...
n one more...dgr la lagu khalifah~cikgu ayu....bes sangat2...layan k...ok....salam sayang untuk semua n jangan lupe doakan chinta k...da2...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment